Sinopsis Bukan Diriku Episod 14

Dalam Episod 14 Sinetron Bukan Diriku, Ayla bersiap untuk pergi ke lapangan terbang untuk melanjutkan pelajarannya. Ayla hampa kerana Loki tidak datang untuk berjumpa Ayla bagi mengucapkan selamat tinggal.

Loki pergi untuk berjumpa Ayla tetapi dia telah terlewat kerana Ayla telah menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Loki cuba mengejar teksi Ayla dan akhirnya berjaya menahan teksi yang dinaiki Ayla. Ayla berasa gembira dan berjanji yang dia akan pulang 2 tahun lagi untuk ke pangkuan Loki.

Loki kemudiannya telah mengambil adik tirinya (Risfi) untuk tinggal bersamanya selepas ditinggalkan oleh ibu Risfi sendirian.

2 tahun telah berlalu dan akhirnya saat kepulangan Ayla telah tiba. Sebelum Ayla pulang, Ariel telah berbual dengan Ayla di apartmentnya. Ayla memberitahu Ariel yang dia rindukan kawan-kawannya serta Loki di Jakarta. Ketika Ayla ingin menanggalkan skarfnya, rantai yang diberikan oleh Loki telah tertanggal. Ariel mengambil kesempatan untuk mencuri rantai tersebut ketika Ayla sedang membuat air.

Di Jakarta, Loki menunggu kepulangan Ayla di rumah Ayla. Selepas lama menunggu, Loki mengambil keputusan untuk pulang dahulu kerana sudah lewat malam. Ketika Loki hendak pulang, Ariel menghampirinya dan menunjukkan rantai Ayla dan memberitahunya supaya melupakan Ayla kerana Ayla sudah tidak mencintainya lagi.

Apakah tindakan Loki seterusnya? Nantikan episod 15 Bukan Diriku untuk kesudahannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

2 Responses to “Sinopsis Bukan Diriku Episod 14”

  1. yanie j says:

    ske tgk episod last je…
    kekee :P

  2. [...] Sinopsis Penuh Bukan Diriku Episod 10 Sinopsis Penuh Bukan Diriku Episod 11 Sinopsis Penuh Bukan Diriku Episod 12 Sinopsis Penuh Bukan Diriku Episod 13 Sinopsis Penuh Bukan Diriku Episod 14 [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled