Home / Holiday / St Giles Wembley Penang Hotel Review

St Giles Wembley Penang Hotel Review

Kami berkesempatan untuk mencuba hotel 4 bintang terbaru di Georgetown iaitu St Giles Wembley Hotel Penang dan dalam segmen hotel review kali ini kami akan kongsikan pengalaman kami menginap di sana. Selepas memandu lebih kurang 4 jam lebih dari Kuala Lumpur kami pon sampai ke hotel. Parking juga mudah kerana terdapat banyak petak parking yang disediakan di kemudahan parking bertingkat. Seperti yang kami jangkakan, setibanya kami di lobi hotel, Hotel St Giles Wembley memang nampak baru dengan rekabentuk moden dan tiada tanda-tanda hotel ini telah dimamah usia.

St Giles Wembley Penang Hotel Georgetown Review

Lokasinya yang strategik di tengah kotaraya Georgetown pasti akan membuatkan anda mudah untuk menjelajah sekitar Georgetown. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Komtar dan 1st Avenue Mall. Anda hanya perlu melintas jalan untuk pergi ke sana sekiranya anda ingin membeli-belah atau mendapatkan makanan. Jika anda mempunyai kenderaan sendiri, anda bolehlah memandu ke Pasar Chowrasta atau Padang Kota Lama yang terletak tidak jauh dari hotel.

Proses check-in ke bilik juga mudah dan cepat. Sambil menunggu giliran anda untuk check-in di kaunter, keluarga anda bolehlah tunggu di lobi hotel sambil menikmati ‘welcome drink’.

St Giles Wembley Penang Hotel Corridor

Saiz bilik deluxe disini tidaklah sebesar yang kami harapkan tetapi masih menawarkan saiz yang agak selesa untuk dua orang dewasa. Tilamnya juga empuk dan selesa.

St Giles Wembley Penang Hotel Room

Rekebentuk dalaman bilik deluxe disini juga agak cantik dan moden dengan dilengkapkan perabot yang baru. Kelengkapan asas lain seperti seterika dan peti besi turut disediakan di dalam bilik. Yang paling best tv lcd disini agak besar. Memang puaslah kalau tengok tv disini. Siaran tv yang terdapat disini juga banyak dari siaran sukan Fox hinggalah ke AXN dan juga siaran Vision 4 untuk movie dan dokumentari. Pasti anda tidak bosan disini. Selain itu botol air mineral serta teh dan kopi akan diganti setiap hari oleh housekeeping.

St Giles Wembley Penang Hotel LCD

St Giles Wembley Penang Hotel TV Spacious

Meja bekerja yang selesa turut disediakan dan pastinya business traveler akan menghargai kemudahan ini. Kemudahan wifi ada disediakan di bilik dan signalnya juga agak stabil. Dapatlah anda menjimatkan data internet anda sepanjang penginapan di St Giles Wembley. Di samping itu, bilik deluxe ini mempunyai banyak outlet elektrik untuk anda caj semula peralatan elektronik anda. Jadi tidak timbullah isu terpaksa bergilir-gilir dengan pasangan anda untuk caj telefon atau kamera anda. Selain itu, anda juga akan diberikan senaskhah surat khabar setiap hari untuk setiap bilik.

St Giles Wembley Penang Hotel Bath Tub

Bilik air di St Giles Wembley agak luas dan kelihatan mewah. Ia turut dilengkapkan dengan bathtub serta kawasan mandian air pancuran yang berasingan dan set mandian yang lengkap. Memang selesalah kalau mandi di sini.

St Giles Wembley Penang Hotel Toiletries

St Giles Wembley Penang Hotel Komtar View

Bilik deluxe yang kami dapat sepanjang percutian ini mempunyai pemandangan Komtar dan bandar Georgetown. Sekali sekala best juga dapat tidur sambil tengok Komtar depan mata.

St Giles Wembley Penang Hotel View

Bilik penginapan kami turut disertakan dengan sarapan. Buffet spread disini bolehlah dengan kombinasi makanan tempatan dan American breakfast tetapi masih tidak dapat menandingi sarapan kami sewaktu menginap di One World Hotel.

Di samping itu, hotel ini turut menyediakan beberapa kemudahan seperti kolam renang infinity dan gymnasium tetapi kami tidak berkesempatan untuk menggunakannya sewaktu bercuti di Pulau Pinang.

Berdasarkan pengalaman kami menginap disini, agak sukar untuk kami mencari kekurangan hotel ini kecuali harganya mungkin sedikit mahal. Harga bilik deluxe disini termasuk dengan sarapan bermula dari RM314 (termasuk caj GST 6% dan fi RM3 kerajaan tempatan) dan harga ini mungkin berubah bergantung pada promosi yang ditawarkan semasa tempahan dibuat. Tetapi jika dilihat kembali kualiti servis dan fasiliti yang ditawarkan harga tersebut agak berpatutan. Sekiranya kami kembali semula ke Pulau Pinang dan inginkan hotel yang baru bertaraf 4 bintang, hotel ini pasti menjadi antara pilihan utama kami.

Pros:
Bilik yang cantik dan baru
Pemandangan yang cantik dari bilik
Katil yang selesa
Lokasi yang strategik
Parking yang banyak

Cons:
Harga bilik

 

St Giles Wembley Penang,
183, Jalan Magazine,
George Town 10300, Penang

Telefon: 042598000

Koordinat GPS: U 5.413202 T 100.329949

Kami berkesempatan untuk mencuba hotel 4 bintang terbaru di Georgetown iaitu St Giles Wembley Hotel Penang dan dalam segmen hotel review kali ini kami akan kongsikan pengalaman kami menginap di sana. Selepas memandu lebih kurang 4 jam lebih dari Kuala Lumpur kami pon sampai ke hotel. Parking juga mudah kerana terdapat banyak petak parking yang …

Review Overview

Layanan
Fasiliti
Bilik
Lokasi
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Hotel baru yang terletak strategik di pusat bandar Georgetown. Bilik yang selesa dan moden cuma harganya mungkin sedikit tinggi bagi sesetengah golongan. Tidak sesuai bagi pelancong yang mencari penginapan bajet.

User Rating: Be the first one !
78

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge