Sukan Asia Guangzhou 2010 – Berita Sekitar Hari Kedua
*Untuk berita terkini pungutan pingat Malaysia di Sukan Asia 2010, sila klik di sini
Sekitar hari kedua Sukan Asia Guangzhou China 2010, Malaysia telah berjaya menambah 1 pingat gangsa menerusi acara Equestrian – Dressage Berpasukan yang disumbangkan oleh Diani Lee, Md Qabil Ambak, Quzandria Nur dan Puteri Alia Soraya.
Harapan untuk menyaksikan sumbangan pingat dari acara lumba basikal trek hampa apabila Malaysia cuma mampu menduduki tangga keempat selepas tewas kepada Iran dalam acara Pecut Berpasukan Lelaki.
Acara menembak juga agak hambar apabila Cheah Lee Yean dan Bibiana Ng cuma mampu menduduki tangga ke 25 dan 29 dalam acara akhir Air Pistol 10m wanita.
Tetapi harapan untuk menyaksikan pingat dari acara trek lumba basikal masih ada kerana Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir acara 200m pecut lelaki dan wanita. Sama-samalah kita berharap agar mereka dapat meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya kerana berdasarkan prestasi semasa, saingan sengit dijangkakan akan datang dari pelumba China, Jepun dan Iran.
Antara acara yang menarik pada hari ketiga Sukan Asia Guangzhou 2010 ialah perlawanan bolasepak peringkat suku akhir dimana Malaysia akan bertemu dengan Iran.
Semoga hari ketiga akan menampakkan lebih banyak kilauan pingat bagi kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2010.
Sumber: Astro Sports Channel

Facebook
lor ingt bola sepak.hihi
3-0..hihihi
suzierahman recently posted..Bahana Nabil Cium mulut!
suzierahman: bola sepak dah layak ke suku akhir cuma tak tahulah boleh menang dgn iran ke tak. iran pon boleh tahan kuat
me plak jenis tak minat sukan hehehe
Mama Zharfan recently posted..desperado mode – nak kena cari HP 3g la plakadoyai
mama zharfan: nie confirm kat rumah tak subscribe kabel tv channel sports. hehe
Belum ada masa senggang nak tengok sukan nie.Suma dapat tengok bola semalam ajo,hu hu hu
kamal: bila dah keja ni susah skit nak tgk tv
Salam,
Maaf keluar tajuk,
ada tag untuk kamu,
http://wansiti.blogspot.com/2010/11/kawaii-gadgets-contest.html
amek yea..
wansiti recently posted..KAWAII GADGETS CONTEST