Home / Cars / Suzuki Swift 3rd Gen Dilancarkan di Malaysia dgn Harga dari RM77,888

Suzuki Swift 3rd Gen Dilancarkan di Malaysia dgn Harga dari RM77,888

Suzuki Malaysia Automobile telah melancarkan Suzuki Swift baru dengan harga dari RM77,888 (termasuk insurans) untuk variant 1.4A/T GLX. Suzuki Swift yang dilancarkan ini adalah merupakan generasi yang ketiga. Buat masa ini model yang dijual adalah merupakan unit CBU dan dijual dalam dua variant iaitu 1.4A/T GLX  dan 1.4A/T GLX-S.  Kedua-dua variant mempunyai enjin yang sama, perbezaannya adalah GLX-S dilengkapkan dengan bodykit. Variant 1.4A/T GLX-S dijual pada harga RM83,318.00 (termasuk insurans). Suzuki Swift ini dilengkapkan dengan sistem transmisi automatik 4 speed.

Suzuki Swift baru ini dilengkapkan dengan pelbagai peralatan dan aksesori standard antaranya ialah pemain CD player two-DIN dengan fungsi MP3 dan USB. Model ini juga menggunakan keyless entry go and push start button. Sistem penghawa dingin Suzuki Swift ini menggunakan automatic climate control system bagi mengawal suhu dalam kabin. Selain itu kereta ini turut dilengkapkan dengan rim 16 inci. Side mirror kereta ini juga boleh dilipat secara automatik bagi memudahkan anda melipat side mirror di tempat parking.

Untuk ciri-ciri keselamatan pemanduan pula Suzuki Swift baru ini dilengkapkan dengan Dual SRS Airbags, Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).

Antara perubahan yang paling ketara jika dibandingkan Suzuki Swift ini dengan generasi kedua ialah pada dimensi kereta tersebut. Suzuki Swift ini lebih panjang dan lebar jika dibandingkan dengan model sebelumnya.

Bodykit untuk Suzuki Swift hanya terdapat pada variant 1.4A/T GLX-S. Anda hanya perlu menambah RM5,300 bagi mendapatkan Aerokit tersebut.

Suzuki Swift generasi ketiga ini mempunyai lima pilihan warna iaitu Snow White Pearl, Boost Blue, Pearl Metallic, Super Black Pearl, Ablaze Red Pearl 2  dan Mineral Gray Metallic.

Harga Suzuki Swift Malaysia

Suzuki Swift 3rd Gen Malaysia

Suzuki Swift 3rd Gen Sampai Malaysia

(Kredit gambar: Website Suzuki)

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang butiran harga kereta Suzuki Swift baru ini anda boleh merujuk jadual di bawah yang diambil dari website Suzuki Malaysia.

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd.

Bagi melihat kereta ini dengan lebih dekat anda boleh berkunjung ke pengedar sah Suzuki berhampiran dengan tempat anda. Untuk senarai pengedar yang terdekat anda boleh merujuk ke website Suzuki Malaysia

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

5 comments

  1. Amboi mahalnya…harga aja sudah sebiji rumah.

  2. sesiapa yang berminat untuk test drive kereta ni..
    sila hubungi saya 017-9389697 (edddie)..
    thanks admin nice info..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge