Home / Foods / Tempat Makan Port Dickson : Restoran Nasreen Seafood Songkhla

Tempat Makan Port Dickson : Restoran Nasreen Seafood Songkhla

Port Dickson merupakan destinasi percutian popular di Malaysia. Bila dah ke PD, pasti ramai mencari mana tempat makan dan restoran sedap di Port Dickson. Sebenarnya Port Dickson tidaklah sama seperti Pulau Pinang yang menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang famous dan sedap seperti nasi kandar, sup, pasembor, mee goreng, rojak dan cendol. Tetapi Port Dickson …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Rasa makanan Thai disini boleh tahan. Cuma layanan yang diberikan kurang mesra pelanggan dan boleh dipertingkatkan lagi.

User Rating: 3.32 ( 5 votes)
56

Port Dickson merupakan destinasi percutian popular di Malaysia. Bila dah ke PD, pasti ramai mencari mana tempat makan dan restoran sedap di Port Dickson. Sebenarnya Port Dickson tidaklah sama seperti Pulau Pinang yang menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang famous dan sedap seperti nasi kandar, sup, pasembor, mee goreng, rojak dan cendol. Tetapi Port Dickson masih menawarkan beberapa pilihan tempat makanan yang popular dan best di kalangan penduduk tempatan seperti nasi ayam, tomyam dan seafood.

Apa yang membuatkan kami ingin mencuba makanan di Restoran Nasreen adalah kerana restoran ini disenaraikan sebagai salah satu tempat makan di laman web Majlis Perbandaran Port Dickson. Memandangkan laman web majlis pon membuat rekomendasi restoran ini, apa salahnya kalau kami mencuba makanan di sini. Sebelum kami ke sini kami telah pon menyemak laman web foursquare bagi melihat komen pengunjung yang pernah mencuba makanan di Nasreen Seafood. Terdapat mix review di mana ada yang kata servis di sini lambat, ada yang kata makanan di sini sedap dan ada juga yang kata makanan di sini biasa je.

Sebelum anda baca review ini, saya ingin ingatkan pembaca bahawa saya ke restoran ini semasa bukan musim cuti sekolah. Waktu bukan peak season mungkin servisnya tidak sama seperti waktu peak season terutamanya waktu cuti sekolah.

Saya sampai ke restoran dalam pukul 8 malam dan waktu ni pon agak ramai orang di restoran. Saya pon order beberapa jenis makanan setibanya disana. Jujurnya memang pelayan disini kurang senyum apabila mengambil order dan kita perlu melambai-lambai untuk menarik perhatian pelayan. Tetapi memandangkan saya telah sedia maklum dengan layanan disini, saya tidak berapa kisah sangat dan telah merendahkan sedikit expectation saya. Lebih kurang 15 minit kemudian makanan kami pon sampai. Not bad pada pendapat saya. Takdelah lambat sangat makanannya sampai.

Kami telah memilih ikan siakap masak tiga rasa sebagai sajian utama makan malam kami. Bagi saya sajian ini ok dan ikannya pon digoreng rangup mengikut taste saya. Sepinggan ikan masak ini berharga RM38.

Ikan Masak Tiga Rasa

Harga ayam goreng kunyit ini RM5 sepinggan. Rasanya oklah tetapi saiz hidangannya tidak berapa besar memandangkan harga yang dikenakan adalah RM5 sepinggan.

Ayam Goreng Kunyit Nasreen Tomyam Port Dickson

Tomyam campur ini bagi saya sedap. Harganya RM6.

Tomyam Nasreen Port Dickson

Sayur kailan ikan masin ini pon boleh tahan. Harganya RM5 sepinggan.

Kailan Masak Ikan Masin

Telur dadar ini berharga RM1.40. Nothing special tentang telur dadar ni. Biasa je.

Telur Dadar

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan makanan disini. Rasa makanannya sedap pada pendapat kami. Jumlah harga untuk dinner kami berdua ialah RM61.20. Bagi kami harganya tidak murah dan tidak juga terlalu mahal. Parking disini juga mudah kerana disediakan tempat letak kereta yang banyak di tepi restoran. Cuma jika layanan yang diberikan oleh pelayan lebih mesra pelanggan mungkin pengalaman kami menjamu selera disini lebih baik. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi dengan layanan di sini. Sekiranya anda merendahkan sedikit expectation anda, mungkin anda akan lebih menikmati makanan di sini.

Nasreen Seafood Songkhla Port Dickson

Bagi yang ingin makan di sini dan tidak mahu menunggu lama untuk makanan sampai, boleh cuba untuk datang sebelum peak hour dinner untuk mengelakkan waktu sibuk di restoran ini. Kalau tidak nanti mungkin ada yang akan hilang mood holiday.


Restoran Nasreen Seafood Songkhla Port Dickson
Jalan Pantai,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Koordinat GPS: U 2.457479 T 101.856235

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

4 comments

  1. Assalam.

    Terima kasih kerana berkongsi. Saya anak jati Port Dickson dan saya setuju dengan anda. Di PD tak banyak pilihan untuk makanan yang menarik. Tapi sekurang2nya, sekarang jauh lebih baik dari 20 tahun dulu.

    Oh yer, Nasreen agak mahal sedikit, tapi masakannya memang sedap. Lain kali mungkin boleh cuba sotong goreng telur masin dan juga ayam goreng pandan selain tomyamnya yang sedap.
    Aziela Adam recently posted..Makan Sedap Masa Berkursus

  2. Thanks KL Urbanite.. have been there, good food.. Tapi agak mahal sedikit untuk restoran yang simple..
    CeritaMama

  3. makanan nampak kurg menarik disamping harganya mcm mahal. Sy plg xsuke klu nk order mkn kena lambai2. Angkat tgn sikit ok la..
    thanks kongsikan pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge