Home / Foods / Tempat Makan Sedap dan Murah di Kelantan : Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu

Tempat Makan Sedap dan Murah di Kelantan : Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu

Restoran Cikgu Nasi Ulam di Kampung Kraftangan, Kota Bharu menjadi pilihan kami untuk mencari tempat makan murah dan sedap di Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang belum pernah sampai ke restoran Cikgu Nasi Ulam pasti tertanya-tanya apakah yang istimewanya tentang tempat makan ini? Restoran ini memang cukup popular di kalangan penduduk Kota Bharu sebagai tempat makan yang murah dan sedap untuk makan tengahari. Apa yang best tentang restoran ini ialah anda dapat menjamu pelbagai makanan yang sihat seperti ulam-ulam dan dicicah pula dengan budu yang dicampur dengan mangga muda, cili padi dan hirisan bawang. Kombinasi budu ini pasti akan menarik perhatian anda. Lokasinya juga dekat Pasar Siti Khadijah iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Selepas penat membeli-belah di Pasar Siti Khadijah bolehlah anda singgah disini untuk makan tengahari.

Ulam Restoran Nasi Ulam Cikgu

Bila dah sampai kesini sudah pastinya kena mencuba ulam-ulam yang terdapat di sini. Anda juga mempunyai resepi istimewa budu untuk dicicah dengan ulam tadi. Bagi yang tidak pernah makan ulam sebelum ini, disini adalah peluang terbaik anda untuk mencubanya. Rugi kalau tidak cuba.

Sambal Budu Ulam Sedap

Budu yang dicampur dengan mangga muda, cili padi dan hirisan bawang ini merupakan antara daya penarik utama pengunjung yang datang makan tengah hari di Nasi Ulam Cikgu.

Bagi melengkapkan makan tengahari anda, disini terdapat pelbagai pilihan makanan seperti ikan keli goreng berempah, ayam goreng berempah, ikan keli gulai darat, ikan singgang dan sayur lemak untuk dimakan bersama dengan nasi putih. Ikan keli goreng berempah dan ayam goreng berempah di sini memang rangup dan menyelerakan.

Ayam Ikan Keli Nasi Ulam Cikgu

Dengan pelbagai pilihan makanan nasi campur disini, pasti anda akan rambang mata untuk memilih. Secara keseluruhannya kami berpendapat restoran ini memberikan sedikit kelainan dengan menjadikan ulam-ulaman sebagai sajian utamanya disini. Ikan keli goreng berempah menjadi pilihan kami sekiranya anda ingin makan tengahari disini. Harga makanan disini juga agak berpatutan.

Selain itu sekiranya anda datang pada waktu puncak makan tengahari, mungkin restoran ini akan sedikit penuh dengan pengunjung dan anda mungkin perlu menunggu giliran untuk mendapatkan meja kosong. Walaubagaimanapon jangan anda jadikan ini sebagai satu halangan untuk mencuba makanan tengahari disini.

Tempat Menarik Kampung Kraftangan Kota Bahru

Bagi yang ingin mencuba makanan disini, Restoran Cikgu Nasi Ulam terletak di Kampung Kraftangan bersebelahan dengan Istana Jahar.

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada hari Jumaat. Selamat mencuba.

 

Restoran Nasi Ulam Cikgu
Kampung Kraftangan,
Jalan Hilir Kota,
15100 Kota Bharu, Kelantan

Koordinat GPS: U 6.132074 T 102.238261

Restoran Cikgu Nasi Ulam di Kampung Kraftangan, Kota Bharu menjadi pilihan kami untuk mencari tempat makan murah dan sedap di Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang belum pernah sampai ke restoran Cikgu Nasi Ulam pasti tertanya-tanya apakah yang istimewanya tentang tempat makan ini? Restoran ini memang cukup popular di kalangan penduduk Kota Bharu sebagai tempat makan …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Boleh datang lagi

Summary : Menyajikan pelbagai pilihan makanan masakan melayu yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan.

User Rating: 4.15 ( 2 votes)
72

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge