Home / Holiday / Tempat Menarik Di Korea Selatan Part 2

Tempat Menarik Di Korea Selatan Part 2

Bahagian 2 ini akan menyenaraikan banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di Korea Selatan. Tempat menarik ini meliputi tarikan shopping, makanan dan juga sukan.

 
1. Itaewon

Kunjungan ke Korea Selatan tidak akan lengkap sekiranya anda tidak sampai ke Itaewon. Di Itaewon anda boleh mendapatkan pelbagai makanan halal seperti kebab, nasi beriani, makanan Korea dan juga makanan Indonesia.

Muslim Halal Mr Kebab Korea

Restoran Siti Sarah menyajikan makanan Indonesia dan Middle East yang dimasak khas oleh chef dari Indonesia dan Mesir. Bagi yang menggemari makanan dari Middle East, disini terdapat buffet untuk makanan Middle East pada harga 15,000 Korean Won.

Siti Sarah Korea Halal

Disini juga anda akan terserempak dengan ramai pengunjung dari Malaysia terutamanya di waktu makan tengahari atau selepas solat Jumaat.

Muslim Halal Korean Food

Selepas menjamu selera anda boleh singgah sebentar di Seoul Central Masjid yang terletak lebih kurang 100 meter dari sini. Masjid ini turut mengadakan solat Jumaat.

Seoul Central Masjid

Selain itu anda juga boleh membeli souvenir dari Korea di Itaewon. Pelbagai cenderamata dijual di sini seperti t-shirt, mug, fridge magnet, key chain, pen, penanda buku, teh herba, korean red ginseng, poskad, barangan antik dan pelbagai barangan kraftangan Korea.

Yang lebih menarik terdapat sebuah kedai souvenir di sini dimana pemiliknya boleh berbahasa melayu. Anda boleh berkomunikasi dengan pemilik kedai tanpa sebarang masalah. Harganya juga berpatutan. Harga souvenir disini boleh dibeli pada harga serendah 2000 Korean Won.

Souvenir Korea

Untuk sampai ke Itaewon anda boleh menggunakan subway line 6 dan turun di stesen Itaewon.

 
2. Seoul World Cup Stadium

Seoul World Cup Stadium merupakan stadium yang dibina khas untuk Piala Dunia 2002 yang dianjurkan secara bersama di Korea dan Jepun. Walaupon Piala Dunia 2002 telah tinggal kenangan, stadium ini masih aktif digunakan oleh FC Seoul. Stadium dengan kapasiti 66,800 tempat duduk ini mesti anda singgah bagi mengimbau kembali kenangan Piala Dunia 2002.

Seoul World Cup Stadium

Selain menyediakan tarikan sukan, disini juga terdapat sebuah World Cup Museum yang menyimpan pelbagai koleksi barangan sukan semasa penganjuran Piala Dunia 2002. Tiket masuk ke World Cup Museum sangat murah, hanya 1000 Korean Won.

Untuk sampai ke sini anda boleh menggunakan subway Line 6 dan turun di stesen World Cup Stadium. Setibanya anda di sana anda boleh keluar menggunakan Exit 1 atau 2.

World Cup Museum

 
3. Duty Free Shopping

Korea Selatan mempunyai pelbagai pusat membeli belah yang menawarkan harga barangan bebas cukai. Harganya sudah semestinya lebih rendah sedikit dari harga pasaran tetapi adalah lebih elok jika anda sudah tahu harga pasaran barangan tersebut untuk membuat perbandingan. Di Korea Selatan anda boleh membeli barangan bebas cukai seperti barangan butik berjenama, handbag berjenama, jam tangan, aksesori, barangan kosmetik, barangan elektronik dan perfume.

Untuk membuat pembelian barangan bebas cukai anda hanya perlu menunjukkan passport dan tiket kapal terbang anda bagi melayakkan anda membeli barangan pada harga bebas cukai. Bagi mengelakkan last minute shopping di lapangan terbang, anda boleh mengunjungi duty free shops yang terdapat di Seoul seperti Dongwha Duty Free, The Shilla Duty Free dan Lotte Duty Free.

Dongwha Duty Free Shopping

Di Donghwa Duty Free anda boleh membeli pelbagai barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Hermes, Bvlgari, Prada, Salvatore Ferragamo, Samsonite, Miumiu, Fendi, Coach, Michael Kors, Max Mara, Loewe, Longchamp, Furla, Mont Blanc dan banyak lagi. Semua pembelian di Donghwa Duty Free akan dihantar terus ke lapangan terbang dimana anda akan terlepas. Anda boleh mengambil barangan anda di tempat kutipan barang bebas cukai di lapangan terbang 1 hingga 2 jam sebelum pelepasan anda. Anda dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang supaya tidak kesuntukan masa untuk mengambil barangan belian anda di kaunter kutipan barangan bebas cukai. Dikhuatiri sekiranya anda sampai lewat mungkin anda tidak sempat untuk menaiki kapal terbang.

Donghwa Duty Free Shopping Branded Korea

Bagi yang tidak sempat untuk membeli belah di Seoul anda boleh membuat last minute shopping di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Di sini terdapat pelbagai outlet bebas cukai seperti The Shilla Duty Free dan Lotte Duty Free. Barangan yang dijual disini juga adalah hampir sama dengan yang dijual di Seoul. Pelbagai barangan berjenama boleh dibeli disini. Semasa membeli belah disini pastikan anda tidak terlepas penerbangan anda kerana dikhuatiri terlalu asyik membeli belah boleh membuatkan anda terlupa pada masa.

Duty free and tax free shopping at Seoul Incheon Airport

Nantikan bahagian ketiga tempat-tempat menarik di Seoul, Korea di mana akan diceritakan pula mengenai tarikan taman tema dan nature di Nami Island dan Everland.

Like facebook page KL Urbanite untuk tidak ketinggalan mendapatkan panduan dan tips percutian kami ke merata tempat di Malaysia dan juga luar negara.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge