Home / Holiday / Tempat Menarik Di Korea Selatan Part 3

Tempat Menarik Di Korea Selatan Part 3

Dalam bahagian ketiga tempat menarik di Korea Selatan akan kami bawa anda ke Nami Island dan Everland Resort. Kedua tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong yang bercuti di Korea Selatan.

 
1. Nami Island

Nami Island atau dalam bahasa Korea disebut sebagai Namiseom terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Ianya terletak lebih kurang 63 km dari Seoul. Perjalanan dari Seoul menggunakan subway dan train akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Apabila anda telah sampai ke Namiseom Dock, anda akan menggunakan feri untuk sampai ke Nami Island.

Feri Nami Island

Di Nami Island anda boleh menghabiskan masa dengan bersiar-siar di pulau ini dengan menggunakan basikal, menaiki keretapi mini atau berjalan kaki. Pemandangan di pulau sangat cantik terutamanya di musim luruh apabila daun-daun disini berwarna kekuningan.

Nami Island

Bagi peminat drama Korea Winter Sonata, anda boleh mengimbau kembali memori drama tersebut kerana sebahagian pengambaran drama Winter Sonata dibuat di Nami Island.

Winter Sonata

Bagi yang beragama Islam, terdapat surau disediakan di bahagian tengah pulau di deretan restoran. Harga tiket untuk ke Nami Island ialah 10,000 Korean Won untuk dewasa dan 4,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Harga tiket telah termasuk dengan tambang feri untuk pergi dan balik.

Surau Nami Island

 
2. Everland Resort

Everland Resort merupakan sebuah taman tema yang terbesar di Korea Selatan. Dengan keluasan hampir 100 hektar anda pasti akan mempunyai pelbagai aktiviti untuk dibuat apabila berada di sini. Everland Resort terletak di Yongin dan perjalanan menggunakan subway dan bas dari Seoul akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Sekiranya anda menggunakan subway untuk ke Everland Resort anda boleh turun di stesen Gangnam dan keluar menggunakan exit no 7. Kemudian anda boleh melintas jalan dan menunggu bas di perhentian bas tidak jauh daripada stesen Gangnam dan menaiki bas no 5002. Perhentian bas ini terletak di tengah-tengah jalan.

Gangnam

Setibanya anda di Everland Resort anda akan dibawa menggunakan shuttle bus ke pintu masuk Everland Resort.

Shuttle Bus Everland

Harga tiket untuk dewasa adalah 40,000 Korean Won manakala untuk kanak-kanak ialah 31,000 Korean Won. Walaubagaimanapon Everland ada mengadakan promosi untuk pelancong dari luar negara seperti Malaysia dan anda boleh membeli tiket pada harga 32,000 Korean Won untuk dewasa dan 25,000 Korean Won untuk kanak-kanak. Untuk mendapatkan harga diskaun ini anda boleh merujuk pada laman web rasmi Everland Resort.

Everland Resort Entrance

Disini terdapat pelbagai jenis tarikan seperti Pororo 3D Adventure, Double Rock Spin, Hurricane, Safari World, Columbus Adventure, Four Seasons Garden, Madagascar Live dan D’Artagnan and Three Seals. Tarikan disini disediakan untuk pelbagai kategori umur daripada kanak-kanak hinggalah warga emas. Bagi kanak-kanak jangan lupa untuk menyaksikan animal show disini yang sangat menghiburkan walaupon dalam bahasa Korea.

Antara tarikan utama yang menjadi tarikan pengunjung disini ialah T Ekspres yang merupakan salah satu roller coaster kayu yang paling curam di dunia dengan sudut pugaknya pada 77° dan dengan kelajuan 104 km/jam.

T Express Everland

Sebuah lagi tarikan yang terdapat di Everland Resort.

Everland Attraction

Bagi yang membawa anak kecil pasti akan gembira dapat meluangkan masa di Pororo 3D Adventure.

Pororo 3D Adventure

Jangan lupa untuk singgah ke Four Season Gardens bagi menikmati pemandangan bunga yang sangat cantik di Everland Resort.
Four Seasons Garden

Pastikan anda sampai awal ke Everland Resort supaya tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menunggu giliran menaiki tarikan di sana. Sekiranya anda tidak mahu membazirkan masa untuk beratur panjang anda boleh membuat tempahan menggunakan Q-Pass. Walaubagaimanapon tidak semua tarikan menyediakan kemudahan Q-Pass.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge