Home / Holiday / Tempat Menarik di Pulau Langkawi Part 2

Tempat Menarik di Pulau Langkawi Part 2

Bahagian kedua tempat-tempat menarik untuk dilawati di Pulau Langkawi akan membawa anda untuk menikmati tarikan yang terdapat di sekitar Kuah dan Pantai Cenang. Selain daripada tarikan berbentuk eko-pelancongan, Langkawi turut menawarkan pelbagai tarikan menarik yang lain seperti duty free shopping dan pemandangan cantik di sekitar pulau. Di Kuah, tarikan disini adalah lebih tertumpu kepada tarikan membeli-belah terutamanya produk bebas cukai manakala di Pantai Cenang adalah lebih kepada pantai dan suasananya yang happening.


1. Duty Free Shopping di Langkawi

Apabila sampai ke Langkawi, sudah pasti pusat membeli belah bebas cukai akan menjadi tumpuan pelancong ke sini. Antara produk yang berbaloi untuk dibawa pulang adalah seperti pinggan mangkuk, coklat dan minyak wangi kerana produk ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapon, anda harus tahu dimana untuk membeli produk tersebut di Langkawi bagi mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda.

Duty Free Shopping Langkawi Island

Antara kedai yang menjadi tumpuan pelancong di Langkawi adalah seperti Haji Ismail Group, Wira Langkawi dan Idaman Suri. Kedai-kedai ini lebih menumpukan kepada produk pinggan mangkuk ceperti Corelle, Corningware, Luminarc, Pyrex, Vision, Bormioli Rocco, Tefal, Vantage dan banyak lagi. Selain itu disini juga anda boleh mendapatkan pelbagai coklat pada harga yang amat murah jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Ferrero Rocher di Langkawi boleh dibeli pada harga RM22.90 untuk 24 pieces. Jika di Kuala Lumpur, harga Ferrero Rocher untuk 16 piece sahaja dijual pada harga RM24.90. Memang berbaloi bagi penggemar coklat. Selain Ferrero Rocher, disini juga terdapat pelbagai brand lain seperti Daim, Guylian, Toblerone dan banyak lagi.

Bagi peminat perfume pula, di Kuah terdapat beberapa kedai yang menjual minyak wangi seperti Cote de Parfume dan World of Perfumes. Sekiranya anda memang berhajat untuk membeli perfume, saya memang sarankan anda untuk ke kedai perfume yang disebutkan di atas kerana harganya lebih murah berbanding dengan kedai lain di Langkawi.

Pelbagai jenama seperti Burberry, Gucci, Giorgio Armani, Salvatore Ferragamo, Ralph Lauren, Sarah Jessica Parker, Taylor Swift, Escada, Hugo Boss, Lacoste dan banyak lagi dijual disini. Disini harganya adalah lebih murah antara 15-20% daripada harga di Kuala Lumpur.


2. Galeria Perdana

Galeria Perdana terletak lebih kurang 12km dari Kuah. Disini anda boleh melihat pelbagai koleksi hadiah, anugerah dan souvenir yang diterima oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Galeria Perdana Langkawi

Galeria Perdana telah dibina dengan menggunakan rekabentuk senibina oriental dan hiasan dalamannya agak menakjubkan. Galeria ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memaparkan koleksi hadiah seperti barangan logam, lukisan, kayu dan pingat. Disini juga terdapat beberapa koleksi kenderaan yang dipamerkan.

Galeria Perdana dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan ditutup pada pukul 6 petang pada musim cuti sekolah. Tiket untuk masuk ke Galeria Perdana dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak berumur 6-12 tahun)

Koordinat GPS: U 6.402838 T 99.853533


3. Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang utama di Langkawi. Disini anda akan dapat melihat ramai pelancong dari serata dunia. Disini juga terdapat pelbagai deretan hotel dan budget chalet yang menjadi pilihan pelancong di Langkawi. Antara hotel terkemuka yang terdapat disini adalah seperti Casa del Mar, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Seri Chenang Resort & Spa. Bagi yang mencari penginapan budget, disini juga terdapat beberapa chalet murah seperti AB Motel dan Melati Tanjung Motel.

Selain pemandangan yang cantik di pantainya, dijuga juga terdapat pelbagai deretan restoran kedai makan, kedai cenderamata, duty free shops dan tour agent yang menjual pelbagai aktiviti menarik di Langkawi seperti island hopping, snorkelling, diving dan sunset dinner cruise.

Pantai Cenang


4. Laman Padi

Laman Padi merupakan satu tarikan yang terdapat di hujung Pantai Cenang. Antara tarikan yang terdapat disini adalah muzium yang menerangkan tentang sejarah dan proses penanaman padi serta beberapa tapak sawah padi disekeliling Laman Padi. Disini juga terdapat sebuah restoran dan spa untuk anda bersantai. Masuk adalah percuma dan berbaloi untuk anda singgah sebentar bagi mengambil beberapa gambar berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau.

Laman Padi

Walaubagaimanapon, semasa kami ke Laman Padi kerja pengubahsuaian masih sedang berjalan bagi mencantikkan lagi kawasan tersebut.

Koordinat GPS: U 6.296934 T 99.722706


5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang bersebelahan dengan The Zon Duty Free Shop. Di Underwater World, binatang telah diasingkan mengikut seksyen iaitu Seksyen Sub Antarctic, Seksyen Temperate, SeksyenTropical Rainforest, Seksyen Freshwater, Seksyen Marine Life, Seksyen Coral, Seksyen Koi Pond dan Seksyen Reptilium.

Antara binatang yang dipamerkan disini adalah penguin, ikan jerung, ikan air tawar, burung flamingo dan pelbagai ikan laut dalam.

Walaubagaimanapon, ikan yang dipamerkan disini mungkin tidak sehebat di Aquaria KLCC. Gaya persembahan akuarium disini juga mungkin tidak menarik seperti di Aquaria. Namun begitu, sekiranya anda tidak tahu untuk buat apa Langkawi anda boleh meluangkan masa disini bersama anak anda.

Underwater world langkawi

Harga tiket untuk dewasa adalah RM28 (dengan MyKad) dan untuk kanak-kanak 3-12 tahun adalah RM18 (dengan MyKad). Underwater World Langkawi dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Koordinat GPS: U 6.287928 T 99.728931


6. 6D Cinemotion

Bagi penggemar movie 6D, anda boleh meluangkan masa untuk mencuba 6D Cinemotion di Oriental Village Langkawi. Melalui 6D motion simulator, anda boleh menikmati filem 3D disamping merasai apa yang dialami oleh watak didalam filem itu seperti angin, air dan pergerakan seperti menaiki roller coaster.

Cinemotion Langkawi

Durasi bagi setiap filem 6D ini adalah lebih kurang 10 minit dan akan membuatkan anda seperti berada didalam filem tersebut.

Harga tiket dijual pada harga RM15 dan lokasinya adalah bersebelahan dengan pintu masuk ke Cable Car Langkawi.

Koordinat GPS: U 6.369967 T 99.671221

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

3 comments

  1. Di sini saya ingin membincangkan keindahan yang terdapat di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian adalah satu pulau yang terletak di besut Terengganu. Pulau ini pernah dikatakan antara pulau tercantik di dunia kerana mempunyai pelbagai panorama yang indah. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau dan disebabkan inilah yang menyebabkan pulau ini cantik. Dua pulau tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar.

  2. Yang 6D Cinema belum kami cuba lagi. Insyaallah next trip ke sana, kami cuba. Tq atas saranan.

    • Sama2. Sebenarnya kat kl ni pon byk ada 6d tp since dah xde apa nak buat kat langkawi kita pon cubalah. Mmg syok juga naik tp kejap sgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge