Home / Holiday / Tempat Menarik Di Langkawi Part 1

Tempat Menarik Di Langkawi Part 1

Travelog kali ini akan membawa anda ke Pulau Langkawi dan dalam bahagian 1 ini akan kami kongsikan beberapa tempat menarik untuk dilawati di Langkawi. Pulau Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang tidak asing lagi dengan pelbagai tarikan menarik seperti pantai, ekopelancongan dan juga destinasi membeli belah bebas cukai yang utama di Malaysia. Dalam bahagian 1 ini kami akan senaraikan destinasi pelancongan berkonsepkan ekopelancongan serta tarikan di pulau-pulau yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi.


1. Kilim Geoforest Park

Percutian anda ke Langkawi tidak akan lengkap sekiranya anda tidak melawat Kilim. Langkawi mendapat pengiktirafan sebagai tapak Geopark daripada UNESCO pada tahun 2007 dan merupakan tapak Geopark yang pertama di Asia Tenggara. Sehingga kini terdapat 90 tapak Geopark di seluruh dunia. Kebanyakan daripada struktur geologi yang terdapat di Geopark Langkawi terhasil sejak 550 juta tahun dahulu. Selain dari Kilim, penarafan daripada UNESCO turut meliputi dua lagi tapak Geopark di Langkawi iaitu Machinchang Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park.

Anda boleh menaiki bot di Jeti Kilim untuk menyusuri sungai bagi melawat beberapa tempat menarik seperti Gua Kelawar, formasi gua dan batu berusia ratusan juta tahun di sekitar Kilim, sangkar ikan, melihat burung helang dan juga Laut Andaman. Sekiranya cuaca tidak berjerebu anda boleh melihat persisiran pantai Thailand dari Langkawi di Laut Andaman.

Kilim Geoforest Park Tempat Menarik Langkawi

Terdapat pelbagai pakej yang anda boleh pilih untuk melawat Kilim Geoforest Park. Pakej bot di Kilim bermula dari serendah RM200. Jeti Kilim terletak berhampiran dengan Galeria Perdana dan anda boleh menggunakan koordinat GPS di bawah untuk sampai ke Jeti Kilim.

Koordinat GPS U 6.404927 T 99.858242


2. Dayang Bunting Marble Geoforest Park

Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang terbentuk oleh formasi dua batu kapur utama hampir 460 juta tahun dahulu. Antara tarikan utama di Pulau Dayang Bunting adalah Tasik Dayang Bunting. Di Tasik Dayang Bunting anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki bot solar atau bot kayuh, berenang atau merendamkan kaki anda ke dalam tasik air tawar. Bot solar boleh disewa pada kadar RM30 untuk 30 minit dan bot kayuh pula boleh disewa pada kadar RM20 untuk 30 minit.

Dayang Bunting Geoforest Park Langkawi

Walaubagaimanapon pastikan anda berhati-hati dengan makanan anda kerana disini terdapat banyak monyet yang sentiasa mencari peluang untuk merampas makanan anda. Untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting anda boleh mengikut pakej Island Hopping yang banyak dijual di sekitar Langkawi. Anda boleh pergi ke Pantai Cenang kerana disana terdapat pelbagai syarikat yang menjual pakej Island Hopping dari serendah RM25 untuk seorang.


3. Pulau Beras Basah
Tidak lengkap percutian anda ke Langkawi jika anda tidak singgah ke pulau yang terdapat di sekitar Langkawi. Langkawi terkenal dengan keindahan pulaunya dengan air lautan yang jernih serta pasir pantai yang halus serta putih. Sekiranya anda ke Langkawi, Pulau Beras Basah adalah antara pulau yang harus dilawati.

Pulau Beras Basah Langkawi Island Hopping

Disini anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, berenang atau pon aktiviti sukan air yang lain seperti banana boat atau parasailing. Semua kemudahan ini boleh disewa di Pulau Beras Basah. Sekiranya anda mengambil pakej Island Hopping, kebiasaannya Pulau Beras Basah adalah antara destinasi yang akan disinggah dalam itinerari tersebut. Harus juga diingatkan bahawa disini terdapat banyak monyet yang sentiasa berkeliaran mencari makanan.


4. Eagle Watching
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Langkawi adalah melihat burung helang secara live di depan anda. Terdapat lebih kurang 19 spesis burung helang yang terdapat di Langkawi dan antara spesis yang paling terkenal adalah spesis Brahminy Kite. Terdapat beberapa lokasi yang boleh anda pilih untuk melihat burung helang. Sekiranya anda mengambil pakej Island Hopping atau pakej lawatan ke Kilim Geoforest Park, lokasi melihat burung helang adalah antara destinasi yang akan disinggah dalam pakej tersebut.

Eagle Watching Langkawi Tempat Menarik

Di lokasi tersebut anda boleh melihat burung helang berterbangan sambil menunggu untuk mengambil ikan di laut.


5. Langkawi Cable Car
Menaiki Langkawi Skycab adalah merupakan antara cara yang terbaik untuk menikmati keindahan semulajadi Langkawi. Dengan menaiki cable car di Langkawi, anda boleh berada pada ketinggian 700 meter di atas aras laut. Di sini anda boleh melihat keindahan asli struktur geologi di Bukit Machincang yang juga merupakan antara tapak Geopark di Langkawi.

Disepanjang perjalanan anda dari Base Station ke Top Station dengan skycab, anda boleh menikmati pemandangan menakjubkan formasi batuan dan cenuram yang terdapat di Bukit Machincang, suatu pengalaman yang sangat ‘priceless’. Formasi batuan yang terdapat disini terhasil sejak 450 juta tahun dahulu. Perjalanan menaiki skycab dari base station ke top station akan mengambil masa lebih kurang 15 – 20 minit.

Cable Car Langkawi

Setibanya anda di Top Station anda boleh melihat pemandangan panorama Langkawi serta sebahagian dari kawasan di selatan Thailand. Walubagaimanapon, kadang-kala kabus yang tebal terutamanya di musim hujan mungkin akan menyukarkan anda untuk menikmati pemandangan panorama di Top Station.

Untuk menaiki Langkawi Skycab, anda boleh pergi ke stesen Cable Car yang terletak di Oriental Village. Harga tiket untuk pemegang Mykad Dewasa ialah RM15 dan pemegang Mykid kanak-kanak ialah RM10. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Panorama Langkawi Sdn Bhd di talian 049594225.

Bagi memudahkan anda untuk mencari stesen Cable Car, anda boleh menggunakan koordinat GPS dibawah untuk kesana.

Koordinat GPS U 6.369429 T 99.670946

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge