Home / News / Education / Temuduga UiTM Bagi Kemasukan Disember 2010

Temuduga UiTM Bagi Kemasukan Disember 2010

Bagi bakal calon yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM, hujung minggu nie dan awal minggu hadapan akan diadakan sesi temuduga bagi calon yang telah dipilih untuk ditemuduga.

Temuduga bagi calon yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM akan diadakan pada tarikh seperti yang berikut:

i) 16-17 Oktober 2010 bagi calon untuk program Diploma
ii) 18-19 Oktober 2010 bagi calon untuk program Ijazah Sarjana Muda

Semakan untuk mengetahui samada anda telah berjaya mendapat panggilan temuduga boleh disemak di laman web UiTM .

Bagi yang ingin mengetahui keputusan kemasukan ke UiTM bagi sesi Disember 2010, bolehlah menyemak laman web UiTM pada pertengahan bulan November 2010 nanti.

 
Tips Bagi Calon Yang Ingin Menghadiri Temuduga
1) Pastikan anda berpakaian kemas mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
2) Pastikan anda membawa sijil/dokumen sokongan asal dan salinannya ketika menghadiri temuduga.
3) Tiba di tempat temuduga pada masa yang telah ditetapkan.
4) Mempersiapkan diri dengan pengetahuan am, contohnya kalau mohon sesuatu program macam senilukis, pastikan anda tahu serba sedikit tentang senilukis.
5) Tunjukkan yang anda berkeyakinan ketika menjawab soalan temuduga
6) Jangan sombong atau meninggi diri. Tunjukkan budi pekerti yang baik seperti menghormati pegawai temuduga.

Ni antara tips yang boleh digunakan dan ada banyak lagi. Tapi yang paling penting pastikan anda membaca dan fahami dengan betul arahan yang diberikan dalam surat panggilan temuduga. Pastikan dokumen yang penting dibawa semasa sesi temuduga. Selamat berjaya pada semua calon.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

13 comments

  1. thanks for sharing…zmn attend interview for me dh lama berlalu hehehh
    mama zharfan recently posted..iphone 3G up for grab!!! click on the banner!!!

  2. good info nie..but ifa pun dh lepas..hihi
    tiefazatie recently posted..tagged by mumun!

  3. wah..xberpeluang coz xpndai.huuu

  4. fuhhh dah serik temuduga2 ni, lagi2 gov, hehe baik belajar swasta, hehe 😛

  5. boleh kasi info skit tentang temuduga uitm diploma ukur bangunan??

    kasi link yg berkaitan pon ok gak…
    trime kasih…..

    • @Ejat: Info apa yg dicari? Kalau nak tahu berjaya dapat panggilan temuduga atau tak, boleh semak kat link yg saya tulis dalam entry atas

  6. nak belajar pun kena interviu?hebatsss….

  7. apak sedang menunggu temuduga ini.. bila tah nak panggil.. x sudi ker…

  8. hah. teringat balik 2 tahun lepas, masa nak pergi interview kat uitm under course art n design. kelakar sangat2. sekarang, kita pulak yg excited tgk adik2 yg nam masuk u nih.
    ciskek recently posted..Terima kasih segalanya

  9. nervousss
    neesa recently posted..my HaiR!!!!!

  10. slalu diowg tnya soalan cmne?? pgtahuan am sal lukisan??? contoh??? xpham la… tgh gabra giller nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge