Home / News / Happenings / Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan Akan Mula Beroperasi Pada 2011

Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan Akan Mula Beroperasi Pada 2011

Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Januari 2011. Pengurusan operasi TBS akan dikendalikan oleh Maju Terminal Management and Services (Maju TMAS) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas).

Bangunan Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan

Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan ini yang dibina dengan kos RM570 juta terletak di kawasan seluas 19.6 hektar yang menempatkan sebuah terminal enam tingkat yang dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 tempat letak teksi, 1,000 petak tempat letak kereta dengan kawasan tempat menunggu berhawa dingin dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna. Terminal Bersepadu Selatan ini mempunyai kemampuan untuk memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

Terminal ini turut dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan rel seperti Komuter KTM, Express Rail Link (ERL) dan LRT Ampang Line bagi memudahkan orang ramai untuk sampai ke terminal tersebut.

Petang tadi saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melihat sendiri Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan. Ternyata terminal ini mempunyai kemudahan yang bertaraf antarabangsa yang meliputi kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), sistem tiket layan diri (e-Ticket), ruang menunggu, balai ketibaan, balai pelepasan, restoran, medan selera, mesin ATM, tandas, laluan berbumbung yang menghubungkan TBS dengan stesen komuter, LRT dan ERL dan sistem paparan elektronik yang menunjukkan jadual perjalanan bas.

Kebanyakan lot kedai masih belum beroperasi tetapi dapat dilihat beberapa kedai sedang melakukan proses ubah suai seperti restoran Kenny Rogers Roasters, Wendy’s dan Starbucks Coffee.

Lobby Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan

Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan mempunyai kemudahan yang bertaraf antarabangsa dan rekabentuk dalamannya seakan menyerupai suasana di lapangan terbang.

Walaubagaimanapon, tidak semua operator bas telah memindahkan operasinya ke terminal baru ini. Setakat ini antara operator bas yang telah memindahkan operasinya ke Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ialah Konsortium, MAJU, Cepat Ekspres dan Sri Maju Group. Antara destinasi yang akan dituju oleh bas yang beroperasi ialah Melaka Sentral, Larkin dan Beach Road Terminal.

Mungkin dalam masa yang terdekat ini kita akan melihat lebih ramai operator bas memindahkan operasinya dari terminal sementara di Bukit Jalil ke TBS sekaligus meningkatkan jumlah orang ramai yang menggunakan terminal baru ini.

Terminal ini mudah untuk dikunjungi kerana terletak di Bandar Tasik Selatan dan terminal ini boleh dilihat dengan jelas sekiranya anda memandu di Jalan Lingkaran Tengah 2. Terminal bersepadu ini boleh diakses pengguna samada menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Bagi yang membawa kenderaan sendiri boleh menggunakan Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi atau Lebuhraya KESAS. Bagi yang menggunakan LRT Ampang Line atau KTM Komuter pula boleh turun apabila tiba di stesen Tasik Selatan. Bagi yang ingin mengetahui dimana letaknya terminal tersebut bolehlah merujuk pelan lokasi terminal bersepadu di bawah.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

10 comments

  1. heheh..style blog ni..dah mcm paper on9…
    tx info!
    afuan shah recently posted..alahai TIKET BAS

  2. cool….hopefully mmg betullah mcm pengalaman di lapangan terbang….

  3. really informative..good job!mudah2an all the efforts akan mendapat ganjaran pahala :)

  4. cantik tidak bermakna bila perkhidmatan tidak secantik rupa…ahahahhah…hopefully semua up to the standardslah ye…kihkih

  5. erm…xkan ke selatan je?utara?timur?xde ke?

  6. sungguhpun tempat tu secanggih airport,tp lau bas xselesa, x guna juga..nak-nak pula tambang pun makin mahal..baik naik kat tempat yang biasa, perkhidmatan tetap sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge