Home / News / Happenings / Tiket Perlawanan Chelsea vs Malaysia XI 2013 Kini Mula Dijual

Tiket Perlawanan Chelsea vs Malaysia XI 2013 Kini Mula Dijual

Peminat Chelsea kini boleh membeli tiket perlawanan bolasepak antara Chelsea vs Malaysia XI mulai dari 3 Jun 2013. Tiket boleh dibeli dari kedai Ticketpro di seluruh Malaysia atau melalui telefon di talian 03 7880 7999 atau secara online di www.ticketpro.com.my

Bagi yang berminat, lokasi kedai Ticketpro terdapat di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah. Sekiranya tempat anda tinggal tidak mempunyai cawangan Ticketpro, anda masih boleh mendapatkan tiket secara online atau telefon.

Ketibaan Chelsea ke Malaysia adalah sebahagian dari siri jelajah Asia Tour 2013 yang turut meliputi perlawanan di Indonesia dan Thailand.

Inilah kesempatan terbaik anda untuk menyaksikan semula kepulangan Jose Mourinho ke Chelsea dan melihat Chelsea menentang pasukan Malaysia. Dengan barisan pemain bintang bertaraf dunia seperti Eden Hazard, Juan Mata, Oscar dan David Luiz sudah pasti ini adalah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Adakah ini musimnya dimana Chelsea akan menggungguli Liga Perdana Inggeris untuk musim 2013/2014? Sama-samalah kita nantikan musim baru yang pasti akan penuh dengan dramanya.

Perlawanan antara Chelsea FC menentang kesebelasan pilihan Malaysia XI akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Ahad, 21 Julai, dan akan melakukan sepak mula lewat pada pukul 9.45 malam.

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge