Home / Foods / Toowoomba Deli and Meats

Toowoomba Deli and Meats

Toowoomba Deli and Meat merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan barat dan menjual daging mentah dari Australia. Yang menariknya tentang Toowoomba ialah ia menyajikan daging yang halal.

Restoran ini mudah untuk dikunjungi kerana ia terletak di Platinum Mondrian PV128 Setapak yang mudah untuk diakses dengan menggunakan Jalan Genting Kelang. Bagi yang tidak biasa dengan kawasan Setapak, kawasan ini telah mengalami perubahan yang pesat dengan wujudnya pusat komersial baru seperti Platinum Mondrian dan Festival City.

Toowoomba telah memberikan tanggapan pertama yang positif semasa kami melangkah masuk ke dalam restoran. Rekabentuk dalaman Toowoomba Deli and Meat telah dihias dengan menarik dan boleh dikategorikan sebagai sebuah restoran yang bersih. Cuma kerusinya yang diperbuat dari kayu mungkin kurang sesuai bagi pengunjung yang berhajat untuk duduk lama didalam Toowoomba.

Kami telah mencuba beberapa makanan yang terdapat di menu seperti steak dan chicken chop.

Grassfed Striploin @ RM23.90

Grainfed Ribeye @ RM47.90

Yang membezakan steak menggunakan daging lembu grassfed dan grainfed ialah daging lembu grainfed lebih lembut sedikit berbanding grassfed. Bagi steak ini kami telah memintanya agar dimasak ‘medium’ dan hasilnya amat memuaskan. Selain daging grainfed dan grassfed, Toowoomba turut menyajikan daging wagyu kepada penggemar steak.

Steak ini telah dimasak dengan baik dan berjaya menghasilkan satu steak yang juicy.

Bagi yang tidak menggemari daging lembu, Toowoomba turut menyajikan ayam dalam menunya. Rasa chicken chop (RM16.90)  ini amat memuaskan dan disajikan bersama pilihan sos black pepper.

Special Mixed Grill @ RM26.90

Special mixed grill pula ialah sejenis hidangan yang menggunakan kombinasi ayam dan daging sebagai bahannya. Kualiti rasa amat memuaskan.

Beef Burger @ RM18.00

Burger daging disajikan bersama kentang goreng dan salad.

Salmon steak @ RM26.90

Highly recommended by me.

Bolognese fettuccine @ RM17.00

Hidangan steak di Toowoomba mempunyai 3 pilihan sos iaitu black pepper, brown dan mushroom. Bagi yang memerlukan sos tambahan, sos cili/tomato, mustard dan BBQ turut disediakan.

Selain menyediakan hidangan steak, Toowoomba turut menjual daging lembu halal yang diimport dari Australia.

Rekabentuk dalaman Toowoomba di bahagian luar restoran yang berwarna kuning menarik perhatian pengunjung.

Bagi yang ingin pergi ke Toowoomba Deli and Meat, restoran ini terletak di Platinum Mondrian PV128. Sekiranya anda menggunakan Jalan Genting Kelang dari arah bulatan Pahang, restoran ini terletak di sebelah kiri dan bersebelahan dengan Hospital Columbia Asia.

 

Toowoomba Deli and Meat
G3A, PV 128 Platinum Mondrian,
Jalan Genting Klang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur
Tel : 603 4131 9006

Koordinat GPS: U 3.199851 T 101.716752

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge