Home / Foods / Vivo Pizza at Berjaya Times Square

Vivo Pizza at Berjaya Times Square

Vivo American Pizza and Panini yang terletak di Berjaya Times Square merupakan sebuah restoran berkonsepkan makanan barat yang menawarkan makanan seperti pizza, panini dan spaghetti. Selain mempunyai cawangan di Berjaya Times Square, Vivo turut mempunyai cawangan di beberapa tempat lain seperti di Tropicana City Mall Petaling Jaya, The Curve Damansara, Jusco Bukit Tinggi Klang, Aeon Tebrau City Shopping Centre Johor Bahru, Plaza Pelangi JB, City Square JB, Sutera Mall JB dan Tesco Kulai Johor Bahru.

Antara pilihan makanan yang terdapat di Vivo American Pizza dan Panini adalah seperti pizza, panini, pasta, salad, chicken chop, fish and chips dan kek.

Untuk review kali ini kami telah memilih beberapa jenis makanan.

Sebagai pembuka selera kami telah memilih Crispy Crumbled Chicken Tenderloin (RM8.50). Rasanya memuaskan dan umpama memakan popcorn versi KFC.

Pizza yang kami pilih di atas ialah Around The World Thin Crust (RM11.90). Around The World mempunyai ramuan seperti chicken bologna, cendawan segar, capsicum dan onion ring dalam pizza tersebut.

Smoked Chicken Barbeque (RM11.90) merupakan salah satu ‘Chef Recommendation’ pizza yang terdapat di Vivo Pizza. Antara ramuan yang terdapat dalam pizza ini ialah hirisan ayam, bawang, cendawan segar, red capsicum, green capsicum dan sos barbeque Vivo. Di Vivo terdapat 4 jenis saiz pizza iaitu 7″ Thin Crust, 10″ Thin Crust, 10″ Thick Crust dan 13″ Thick Crust. Kalau untuk makan seorang saiz 7″ sudah memadai kerana terdapat 4 potongan untuk saiz tersebut. Dari segi rasa, ianya sedap dan berbaloi dengan harganya.

Kalau dah makan pizza, pasti tidak akan lengkap hidangan tersebut kalau tak ada garlic bread. Garlic bread ini berharga RM3.50. Rotinya telah diadun dengan baik dan sangat lembut.

Meatballs Spaghetti (RM12.80). Salah satu hidangan yang disyorkan sekiranya anda makan di Vivo.

Panini Vivo

Panini merupakan satu lagi hidangan yang menarik di Vivo. Panini disini dihidang bersama dengan crinkle cut fries. Terdapat 3 jenis pilihan roti yang boleh dipilih iaitu Parmesan Oregano, Oatmeal dan Italian.

Chicken Fillet Vivo

Panini yang telah kami pilih ialah Chicken Fillet with BBQ Sauce dengan roti Italian (RM9.90)

Oreo Cheesecake Vivo

Bagi menutup sesi makan kami telah memilih Oreo Cheesecake (RM5.80). Rasa keknya sangat mantap ditambah pula dengan rasa Oreo yang memukau.

Vivo Pizza Berjaya Times Square

Keseluruhannya, Vivo American Pizza and Panini memberikan satu suasana yang selesa untuk menjamu selera. Pilihan makanan yang pelbagai disini akan membuatkan anda pening kepala untuk memilih makanan mana yang menarik perhatian anda.

Bagi yang ingin ke Vivo Pizza di Berjaya Times Square, ianya terletak di Lower Ground Floor bersebelahan dengan restoran Penang Village dan kedai Optical 88.

 
Vivo American Pizza and Panini
LG 68, Lower Ground Floor
Berjaya Times Square
55100 Kuala Lumpur

Tel: 603 2148 9799
Website: www.vivopizza.com

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

9 comments

  1. alamak ternampak makanan, lapar pula 😛

    Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang
    suffer8zine recently posted..Pakwe Durjana Bakar Makwe

  2. menarik semua menu. unik la panini ni mcm kebab
    nuriz recently posted..Atasi Masalah Firefox Lambat Loading

  3. ya allah..bestnye bang,,
    ifa pantang nampak makanan nie..
    haha..mana la x tembam…hihi
    tiefazatie recently posted..best ke a&ampwfloat dan aiskrim wafer je best!

  4. teringat ms tggl kat KL dulu… kt BTS niela selalu pg…dating..tetibe rs rindu…

  5. sharn, sedap nampak? hehe
    try add blog sharn kat page nen. tp xdpt.
    nape hek? :)
    nen recently posted..– Banjir oooooo Banjir oooo

  6. Been there before and love their juicy meatball.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Understand SEO easily with this video

  7. nampak menyelerakan…
    joev recently posted..Forex Lebih Hebat Daripada Saham

  8. I went at 9pm on friday night and things were beginning to wind down for the dinner. However, Service was very very slow and staff were not attentive. I guess they were probably understaffed. Even the manager appeared listless and wasn’t particularly helpful. the place itself is very noisy, filled with a lot of chatter. Do not come to this place expecting gourmet pizzas like the ones in proper Italian restaurants. I waited 20mins for my pizza and it had about a medium (as opposed to THIN) crust. The ingredients were average in quality and acceptable enough. However, the worst thing was the pizza crust itself. It tasted very odd with many strange gritty bits on the crust of the pizza (see photo). I have eaten many pizzas in my life (not counting frozen pizza) but I really do not like this one. All the crusts seen in my photo are bits that I just could not force myself to eat. I looked up Vivo Pizza online ( http://www.vivopizza.com/ ). They appear to have originiated in Malaysia, serving pseudo-American cuisine. I will definitely give this place a miss in the future and will go to actual Italian joints for pasta/pizza in the future.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge