Home / Foods / Wangsa Grill by Chef Zubir : Restoran Juri MasterChef Malaysia

Wangsa Grill by Chef Zubir : Restoran Juri MasterChef Malaysia

Pernah dengar restoran Wangsa Grill by Chef Zubir ? Restoran ini dimiliki oleh Chef Zubir yang popular dalam siri tv realiti MasterChef Malaysia melalui pembabitannya sebagai juri dalam rancangan tersebut. Selain Wangsa Grill, Chef Zubir turut mempunyai sebuah lagi restoran di Shah Alam iaitu Laman Grill. Seperti biasa, sesi review makan kali ini membawa kami ke restoran ini yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Dan bagi yang tertanya-tanya apakah menu makanan yang disajikan di Wangsa Grill teruskan membaca artikel ini.

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari Barat dan penggemar makanan western pasti akan tertarik untuk mencuba makanan disini. Hiasan dalaman restoran ini dihias dengan baik dan membangkitkan suasana kasual dan santai, sesuai bagi yang ingin makan bersama pasangan istimewa anda. Walaubagaimanapon harus diingatkan restoran ini kebiasaannya penuh pada waktu malam dan lebih elok jika anda membuat tempahan sebelum datang.

Interior Masterchef Wangsa Grill

Kami telah memilih beberapa jenis makanan untuk dicuba. Antara yang menjadi pilihan kami ialah hidangan Wangsa Grill Ribs Sampler yang berharga RM59.50.

Ribs Sampler Western Food KL Masterchef Chef Zubir

Hidangan ini telah disajikan dengan menarik ala-ala hidangan yang disajikan dalam rancangan MasterChef dan menggunakan warna hijau untuk menimbulkan kontras pada hidangan tersebut. Walaupon hidangannya berjaya dipersembahkan dengan cantik tetapi saiz hidangannya nampak seperti sedikit memandangkan harga yang dikenakan tidaklah begitu murah. Tetapi harus diakui rasa kuah yang digunakan untuk hidangan ini lain daripada yang lain dan dagingnya juga lembut dimasak dengan sempurna.

Hidangan seterusnya yang menjadi pilihan kami ialah Braised Beef Back Ribs yang berharga RM49.50.

Beef Rib Sedap KL

Seperti hidangan sebelumnya, sajian ini turut mempunyai kualiti persembahan yang menarik tetapi saiz hidangannya yang tidak besar. Rasanya juga enak pada pendapat saya.

Kami turut mencuba menu makanan berasaskan ayam iaitu Marbled Chicken yang berharga RM29.50.

Chicken Wangsa Grill Western KL

Daging ayam dalam hidangan ini juga terasa lembut dan dipersembahkan dengan menarik.

Kami turut mencuba sajian pencuci mulut untuk mengakhiri makan malam kami.

Dessert Western Wangsa Grill Chef Zubir

Sajian Warm Lava Chocolate Cake ini berharga RM15.50. Walaupon rasa dessert nya sedap tetapi terasa macam sedikit manis kek tersebut dan saiz hidangannya juga terlalu kecil.

Sepanjang kami berada di restoran, kami tidak bernasib baik untuk berjumpa dengan Chef Zubir kerana beliau tidak berada di restoran.

Keseluruhannya kami berpuas hati dengan kualiti persembahan sajian disini serta rasa hidangan disini. Dengan suasana ekslusif ala-ala hotel didalam restoran, pasti akan membuatkan anda dapat menikmati hidangan dalam keadaan yang selesa.

Walaubagaimanapon, saiz hidangannya yang kecil mungkin membuatkan sesetengah pengunjung yang berselera besar akan pulang tidak kenyang. Harga yang dikenakan juga agak mahal jika dilihat pada saiz hidangannya dan harganya lebih kurang sama dengan restoran western bertaraf antarabangsa yang lain.

Selain itu kami dapati kualiti layanan disini mungkin tidak setimpal dengan harga yang dikenakan. Antaranya servis perkhidmatan disini sedikit perlahan seolah-olah restoran kekurangan pelayan. Walaubagaimanapon kami memuji layanan pelayan disini yang sentiasa menjawab pertanyaan kami dengan senyuman.

Wangsa Grill Wangsa Melawati KL Chef Zubir

Exterior Restoran Wangsa Grill

Sekiranya anda ingin mengunjungi restoran Wangsa Grill by Chef Zubir, restoran ini terletak di Dataran Wangsa, sebuah kawasan kedai baru berhampiran dengan pejabat KWSP di Wangsa Melawati. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 11 malam.


Wangsa Grill by Chef Zubir
8-10, Jalan Dataran Wangsa,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur

Tel : 0196105783 / 0126995417

Koordinat GPS: U 3.207702 T 101.741863

Pernah dengar restoran Wangsa Grill by Chef Zubir ? Restoran ini dimiliki oleh Chef Zubir yang popular dalam siri tv realiti MasterChef Malaysia melalui pembabitannya sebagai juri dalam rancangan tersebut. Selain Wangsa Grill, Chef Zubir turut mempunyai sebuah lagi restoran di Shah Alam iaitu Laman Grill. Seperti biasa, sesi review makan kali ini membawa kami …

Review Overview

Rasa
Saiz Hidangan
Service
Ambience
Harga

Bolehlah

Summary : Kualiti persembahan hidangan yang menarik dan rasa yang boleh tahan. Cuma saiz hidangan agak kecil.

User Rating: 3.3 ( 2 votes)
62

About kl urbanite

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penulisan disini adalah merupakan pandangan peribadi. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips, berita sukan dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.
Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge