Why I Love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza
Sesuatu yg baru akan selalu dikaitkan dengan cabaran..Kenapa? Sebab yg baru itu adalah sesuatu yg belum pasti, kena cuba dulu..barulah tahu..
Bagi orang yang dah berkeluarga seperti saya, cabaran paling besar adalah masa nak bagi anak makan. Puaslah mengejar-ngejar anak ke sana sini nak paksa anak makan kan…
Memandangkan saya mempunyai sepasang kembar perempuan yang baru berumur 2 tahun, maka saya pon tak terkecuali dalam hal ni. Risau juga, sebab bagi kanak2 yang sedang membesar, mereka memang memerlukan kandungan protein dan kalsium yang secukupnya untuk menyokong pembesaran mereka. Kalau pemakanan anak tak dijaga, takut nanti tumbesaran anak-anak pulak terganggu..
Pening juga kepala saya selalu nak mencari idea bagaimana nak selesaikan masalah ni.
Bila terlihat iklan Pizza terbaru dari Pizza Hut yang mengandungi 6 jenis keju, saya terfikir sesuatu. Apakah kebaikan keju nie? Setahu saya keju merupakan sejenis bahan makanan yang mengandungi kandungan protein dan kalsium yang boleh membantu dalam menguatkan tulang, tumbesaran gigi dan membina tisu otot badan. Dan saya mula dapat idea ….
6 keju dalam 1 pizza? Wow! hebatnya! ini sesuatu yang baru!!! Pasti anak saya akan dapat stok protein dan kalsium yang mencukupi. Saya dan isteri pulak memang peminat keju tegar. Ini sedah hebat. Bak kata omputih ‘Kill two birds with one stone’. Bapanya dapat hilangkan rasa rindu pada keju dan anak pulak dapat khasiat keju. Yahooo
Maka tanpa membuang masa saya sekeluarga pon berkunjung ke Pizza Hut untuk mencuba Extreme Cheesy 6 Pizza.
Sampai je kat Pizza Hut Wangsa Maju, akak dah buat perangai….
Tapi akhirnya selepas tengok menu dan gambar pizza Extreme Cheesy 6 Pizza yang sangat menyelerakan, akak seakan-akan terus terpikat dengan kehebatan 6 keju iaitu Cheddar, Mozzarella, Parmesan, Provolone, Monterey Jack dan Romano yang terdapat dalam Pizza Hut Extreme Cheesy 6 Pizza.
Setelah membuat pilihan, akhirnya pizza yang ditunggu-tunggu pon sampai.
Extreme Cheesy 6 Pizza mengandungi 6 jenis keju iaitu Cheddar, Mozzarella, Parmesan, Provolone, Monterey Jack dan Romano. Bila 6 keju bergabung dalam 1 pizza, maka terhasillah satu masterpiece yang sangat hebat. Sukar untuk mencari orang tak tergoda dengan keju dalam gambar pizza di bawah. Lihatlah keju yang melimpah ruah di atas pizza tu. Kalau ada yang masih belum tergoda, mungkin orang itu adalah makhluk asing yang tersesat ke bumi dari Planet Pluto.
Sekarang tiba giliran untuk meyakinkan adik pulak untuk makan pizza Extreme Cheesy 6 Pizza
Setelah mummy pujuk dan umpan dengan mainan Dora the Explorer, maka adik pon sudilah nak rasa sikit.
Akak pulak memang dah cair sejak tadi. Dah masuk slice kedua ni dia makan
Lepas dah makan sekali pizza dengan 6 keju, adik yang tak nak makan tadi dengan serta-mertanya terus berubah dan jadi suka dengan pizza baru nie. Memang betullah kombinasi 6 keju dari Cheddar, Mozzarella, Parmesan, Provolone, Monterey Jack dan Romano berjaya memukau tekak adik untuk makan.
Setelah semuanya dah makan Extreme Cheesy 6 Pizza, tinggallah potongan terakhir pizza. Sape yang nak angkat tangan?
Akhirnya akak pon dapat kepingan terakhir Extreme Cheesy 6 Pizza pada malam tu. Bukan main suka dia.
Habis licin Extreme Cheesy 6 Pizza dimakan oleh kami sekeluarga malam tu. Sedap sangatlah tu sampai habuk pon tak ada.
Tak dapat dinafikan Extreme Cheesy 6 Pizza dengan 6 jenis keju ni sedap dan kami sekeluarga suka lebih-lebih lagi anak kembar kami. Daripada tak suka makan terus berselera habis malam tu.
Kalau ditanya pada saya kenapa saya suka Pizza Hut Extreme Cheesy 6 Pizza, jawapan saya adalah Extreme Cheesy 6 Pizza telah melengkapkan hari ku dan membawa keceriaan kepada diri ku sekeluarga. Kebahagiaan dalam dunia sukar dibeli dan apa yang keluarga ku alami di Pizza Hut adalah satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Melihat anak tersenyum sambil menjamah pizza dengan 6 keju yang lazat membuatkan kami sekeluarga tidak sabar untuk datang lagi ke Pizza Hut.
I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!














Facebook
yum yum sedapnya piza! good luck!
Mama Zharfan recently posted..desperado mode – nak kena cari HP 3g la plakadoyai
mama zharfan: thank you. wish me luck
best kan2!hihihi..gewd luck!
sooo cute!!!!
timoat: dah semestinya cute
hihi excited nya tgk si kembar ni.pinjam lah..adeh nk kmbaer juga.sonoknya.
suzierahman recently posted..Bahana Nabil Cium mulut!
suzie: boleh pinjam tapi kena pulangkan balik lah
adoi la bro!cam ifa nak beli lagi nie!best kan!hihi..bro best ke makan yg cheese ja tue??
tiefazatie recently posted..CONTEST ‘LIKELIKE’
tiefazatie: boleh tahan juga yg cheese saje tu. tapi kita prefer yg ada topping
bro tenet ifa lembab sgt2 nie..ifa jawab sini ek..ifa dh sipa tlg mak msk nie..esok je nak bakar daging n sate lak..hihi..=)
Good luck bro and hope can be win…
Mah: Thank you. wish me luck
hihi nma pinjam pulang blk.nk test r..sbb anak2 suzie jga sume jd gemuk biler duk dgn suzie.hihi..sumbat jer kje.
woaaaa..peberet jugak..tmbah2 lg keju yg mnggoda..cntik la gmbar tu bro.pkai kmera apa?
cascd recently posted..Salam Aidiladha 2010 Dari lapadeh Sekeluarga
cascd: bro, pakai kamera nikon d90. tu pon aku takde touch up apa2, just boost dia punya brightness je. ada minat dslr ke?
kita dtg nk mkn pizza free….hehheheeh
selipar korea recently posted..khasiat ulamcuba teka
folower bertuah !!amek award ni….just for u letaklah kat SIDEBAR taw2 http://mencariisteri.blogspot.com/2010/11/jom-join-award-boombastic-blog.html
raja sehari recently posted..penganggur jawatan kosongsini
i love pizza..

Sophia Rani recently posted..SMILE
[...] order; – http://emmira.blogspot.com/2010/11/why-you-love-pizza-huts-extreme-cheesy.html – http://www.klurbanite.com/why-i-love-pizza-hut%E2%80%99s-extreme-cheesy-6-pizza/ – http://theeggyolks.blogspot.com/2010/11/get-cheesy-crazy-with-extreme-cheesey-6.html – [...]
Tahniah…….memang..dlm peraduan….hehehe
[...] klurbanite.com/why-i-love-pizza-hut%E2%80%99s-extreme-cheesy-6-pizza/ [...]
Tahniah !!!! di atas kemenangan…. nampaknya memang dah rezeki nie….. ;-p…. DUA RIBU SIOT…..
hazman aka species1980 recently posted..Gambar & Video MALAYSIA vs INDONESIA -Piala Suzuki 2010
tahniah!!Dpt 2 ribu…. for this contest
[...] klurbanite.com/why-i-love-pizza-hut%E2%80%99s-extreme-cheesy-6-pizza/ [...]
congrats XD
renae recently posted..Five more days to go
@renae: you’re welcome
[...] klurbanite.com/why-i-love-pizza-hut%E2%80%99s-extreme-cheesy-6-pizza/ [...]
tahniah..tuah anak kembar nih..diorg sgt cute & pndai posing:-)
JMR recently posted..Review- NGANGKUNG dan SHAHEIZY SAM
@JMR: tq. memang geram pon tgk gelagat diorang. rezeki anak2
congrats bro!! u are rm2k richer now!!
Mama Zharfan recently posted..Rezeki 3 december – 2 winnings today MOBS Mama Iqy GA
@mama zharfan: tq suzie. tak sangka pon akan menang. hehe
congrats bro…dah kaya rm2ribu…hehe..
shilazizi recently posted..Dah Menang!!! The Social Network
@shilazizi: sama2
Singgah untuk tgk pemenang pizza tahniah waaaaaaaa..
Mah@mahu recently posted..Sayangi Mata Anda @ Hikayat Marhaen Kacak – Contest
@Mahamahu : tq. tak sangka pon akan menang
memang comel kembar ni..
^_^
wansiti recently posted..Tips Merawat Demam Kuning Pada Bayi- Tips untuk contes qalishcom
@wansiti: thank you atas pujian